Monday, January 10, 2011

Tahun baru,lembaran baru

Saya mempunyai azam baru untuk tahun 2011,saya ingin berubah untuk menjadi orang yang lebih rajin dan sering belajar. Tahun 2010 sudah saya lalui dengan penuh suka dan duka. Apa yang berlaku pada tahun 2010,saya sudah membuangnya jauh-jauh dan saya sudah berjanji pada diri saya bahawa saya akan belajar dengan tekun pada tahun ini. Saya akan menduduki peperiksaan N pada tahun ini dan saya harap saya dapat lulus dengan cemerlang. Saya tahu saya tidak boleh bermain-main lagi pada tahun ini,hari minggu pertama di sekolah saya berasa gembira kerana saya dapat berjumpa dengan teman-teman saya kembali. Saya tidak akan pernah menyerah walau bagaimana susah pun subjek itu,saya akan terus berusaha keras untuk mencapai cita-cita saya. Saya yakin dengan bekerja keras dan usaha, insya allah saya dapat lulus peperiksaan N dengan cemerlang. Saya juga berjanji dengan diri saya bahawa saya tidak akan bermalas-malas lagi untuk melakukan segala kerja rumah untuk ke semua subjek. Hanya satu keinginan saya,iaitu lulus peperiksaan N dengan cemerlang.

No comments:

Post a Comment